Follow Dashboard
Tokens?

TITLE; Apabila lelaki betul-2 cintakan seorang perempuan
Tuesday, October 25 | 2:44 AM | 2 comments

Hey peeps 
okeh Cikk Bee na bua entry baru lg ok .
Kalau semalam Cikk Bee buad entry tentang
TANDA-2 SI DIA BETUL-2 MENCINTAI KITA ..
harini Cikk Bee na buad entry pasal
APABILA LELAKI BETUL-2 CINTAKAN SEORANG PEREMPUAN,
so entry ni khas buad kaum hawa lah kan ,
supaya kita dapat menilai cinta seorang lelaki pada kita kan ..
and and kepada kaum adam tu ,,korang baca jelah,
kot-2 betul ke apa yang Cikk Bee tulis ni kan , hehe .
soo ini tanda-2 nya 


Di antara tanda-tanda lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kasihnya dgn sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.
Hawa diciptakan dari rusuk adam.Bukan dari kepalanya untuk dijadikan Pemimpinnya.Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasnya .Melainkan dari sisinya Untuk di jadikan tempat hidupnya .Dekat dengan lengannya untuk di lindunginya dan dekat di hatinya untuk di cintainya....
jadi kepada kaum hawa di luar sana ,, hargai lah insan yang korang syg tuu  ok  
salam .



Old things | New things