Follow Dashboard
Tokens?

TITLE; Perkara luar biasa si dia buat semasa bercinta
Tuesday, September 20 | 11:59 PM | 0 comments
1. Si dia masih mampu setia walaupun sekian lama berjauhan. Segala halangan-halangan mencabar seperti hot chick, saudara mara Tom Cruise yang handsome-handsome belaka telah dapat dia harungi.

2. Si dia tidak menjelingkan pandangan miang ke atas wanita-wanita seksi ala-ala mini skirt, short pant even sekalipun wanita tersebut model yang mempunyai kaki panjang yang cantik dan putih gebu. Si dia tetap melihat orang yang dicintainya tetap cantik walaupun pada kita girlfriend/boyfriend dia taklah cantik mana pun cuma terlebih sihat.


3. Si dia sanggup keluarkan semua yang ada di dalam poket seluarnya walaupun hanya tinggal duit sen sahaja demi untuk membeli barangan kekasihnya dan si dia rasa kurang gentleman kalau orang lain yang membayar. Lebih sadis, kalau si dia cuma bekerja cukup makan sahaja.

4. Bila membawa barang terutama pergi shopping, dia rela mengangkat even 10 kg sekalipun barang makeup, dress yang baru kita beli semasa sale 70% diskaun dan membawa barang tu mengelilingi satu mega shopping mall selama setengah hari semata-mata tak nak kita penat jalan-jalan beli barang. Gentleman.

5. Si dia tak pernah jemu dengan kita walaupun hampir setiap hari kita asyik membebel saja, merajuklah atau buat perkara gila-gila. Si dia tetap layan kita dengan baik dan sayangkan kita. Si dia tak pernah memberontak walaupun kita banyak buat perangai.

Kesimpulannya, memang jarang jumpa orang macam ni. Kalau siapa yang dapat, bersyukur banyak-banyak dan jangan sesekali ambil kesempatan gunakan si dia dan para wanita, janganlah asyik jadi pisau cukur. Si dia pun nak save bajet juga, macamana nak pergi kahwin nanti kalau duit tak ada


Old things | New things