Follow Dashboard
Tokens?

TITLE; KALAULAH HATI ITU GELAP GELITA~
Friday, September 30 | 4:30 AM | 0 comments
Dulu ingat lagi..setiap kali aku menonton tv3,iklan ini akan terus menemuiku...
aku tertarik dengan iklan ini..alaaa..iklan sabun yang basuh baju tuu...hehe..
yang 1st jumpa anak kucing tepi jalan,yang comot-comot tu...
ingat x iklan sabun breeze tu...??haha
aku tertarik dengan pesanan seorang ibu ...

"si putih boleh dicuci..tapi hati yg suci sukar untuk dicari"


kekadang kita cuma tengok kata-kata iklan hanya sebagai untuk mempromosikan barangan,tetapi pernahkah kita melihatnya dari konteks untuk memajukan diri kita sebagai insan yang lemah ini...??
benarlah apa yang disampaikan oleh pesanan ibu itu kerana hati yang bersih melambangkan peribadi seseorang baik atau buruk..

Di hati kita sendiri. Sesiapa yang mahu memperbaiki diri mesti melihat ke dalam lubuk hatinya. Di situlah asal mula kebaikan bercambah menjadi benih yang baik. Hati yang hidup biasanya sibuk menyoal pada tuannya, kenapa kamu lakukan itu dan ini? Untuk siapa dan apa faedahnya? Hanya ada satu zat yang dapat menguatkan hati kita, apabila kita bersandar padaNya maka hilanglah segala beban yang menyesakkan dada.


Siapakah yang kita cari jika hati terlalu sedih? Siapakah yang kita tuju jika mara bahaya telah mengepung dari segenap penjuru?

Labels:



Old things | New things